Sabtu, 27 Mac 2010

Ketahui Soalan Standard Penemu Duga

Adalah penting supaya kamu menyediakan diri untuk temu duga kelak dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh majikan.  Antara contoh-contoh soalan yang lazim berserta jawapan ialah seperti berikut...

1.  Ceritakan serba sedikit latar belakang kamu?

     Soalan ini adalah berbentuk ice-breaker. Oleh itu, cuba jawab soalan tersebut dengan mengaitkan serba sedikit kerja ataupun kemahiran yang kamu pernah lalui.

2.   Apakah yang kamu tahu tentang bidang kerja yang kami buat?

      Kamu seharusnya menjawab berdasarkan penyelidikan awal yang telah dibuat sebelum masuk untuk ditemu duga.

3.   Apakah kelemahan kamu?

      Kamu dinsihatkan supaya menjawab dengan cara positif. Contohnya, "Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker."

4.   Apakah kekuatan kamu?
     
     Nyatakan kemahiran kamu yang boleh menunjukkan kamu seorang pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan