Selasa, 3 April 2012

Larian separuh nyawa

Minggu lepas dah berpeluh ketiak dek berlari2 anak dengan jalan2 ayu di Taman Tasik Perdana.

Tapi bermakna sbb atleast dapat medal...! dgn sijil sekali...

No? tak tahu no berapa sbb antara org yg agak terakhir dlm kumpulan C tp klu kira keseluruhan ehem...no agak berbaloi jugak la..hahaha

Macam poyo je kan? Lepas ni saya akan makin gemuk..! yeah

Jumaat, 23 Mac 2012

Larian separuh nyawa

Salam....

Wah dah lama tak masuk blog and berceloteh.

Tiba-tiba hari ni rajin pulak nak tulis blog...

Hari ni nak berlagak...aku nak masuk marathon..mcm tak percaya kan? an? an?



Tak percaya? Tgk ni....aku pon mcm tak caya gak...ala just nk try test tgk stamina mcm mana...

Klu muntah, muntah la...klu pensan nnt pensan la...lepas tu mesti tobat dah takmo lari lg dah...

ha sapa2 yang join larian marathon ahad nih kita jumpa di sana k?????



Bye..!

Khamis, 29 Julai 2010

Dunia Baru untuk Anita

Ermmm almost 3 week already aku kat Uitm Shah Alam...taking Mass Comm course..bg aku ok la..cume...
ok first day aku kat cne, sangat lah penat..mana tak nyer..i have to walk from one place to another..dah la uitm tu besar gedabak..! kne jalan kaki plak..tp salah i jugak..sape suruh tak naik bus..tp bus uitm tu tak nk berhenti pon..pelik aku..jenuh tahan..tak berhenti pon..nak naik bus rapid leh je..tp tak ke haru, dari 1 tempat ke tmpat len dah kne seringgit..daftar plak bukan 1 tmpt, tp byk tmpt..ambil gmbr tmpt len,bg fail pelajar tmpt len...so kne g byk tmpt la kan? so aku decide jalan kaki...tp taklah aku sangka, seJAUH itu...what ever it is, aku ok lagi...macam2 jadi sebenarnyer...tp dah tak bpe igt...

pasal study plak...i dont know why la..aku makin tak dpt terima cara pembelajaran kat ctu..everything rush..tu rush, ni rush..smpai tak terkejar aku dibuatnyer...mngkin la aku ni lembek...mse poly dulu..manje..masuk u...everything u have to do it by yourself..agak la kelam disitu...tp nk wat cmne..dah blaja kan...bile lg nk merasa hidup sendiri ng cara cmtu...asyik nk senang jer...payah la...

aku tak leh blah la...aku igt mse poly dulu..puan saabiah la yg paling gerun..yg paling menakutkan kalu time kelas dia...n unfortunely, i have to face it twice right now...kali ni puan bariah ismail...lebey kurang same...time kelas dia..aku kecut perut...cuak..semua ada..padahal dia ok je..tp aku je yg takot lelebey...tp elok gak...sbb takot,kita wat keje dia..klu wat sambil lewa,aku tak aku men2 je dlm kelas dia...tp aku takot la...huhuhuhuhu...

nnt ada quiz n test...aku tak bpe nk yakin aku leh wat...mngkin aku akan makin teruk kali ni...aku dah study..tp tak masuk kepala..!!! tak tau ngape..bhsa dlm bi ke,otak aku dah tak befungsi ke..aku tak tau..tp mmg payah nk terima ilmu....baru lg kot kan? aku cube le wat yg terbaik...

ok tu je wat msa ni...ble ada msa aku taip lagi benda2 mengarut yg terjadi dlm hidup aku nih...

Sabtu, 27 Mac 2010

Ketahui Soalan Standard Penemu Duga

Adalah penting supaya kamu menyediakan diri untuk temu duga kelak dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh majikan.  Antara contoh-contoh soalan yang lazim berserta jawapan ialah seperti berikut...

1.  Ceritakan serba sedikit latar belakang kamu?

     Soalan ini adalah berbentuk ice-breaker. Oleh itu, cuba jawab soalan tersebut dengan mengaitkan serba sedikit kerja ataupun kemahiran yang kamu pernah lalui.

2.   Apakah yang kamu tahu tentang bidang kerja yang kami buat?

      Kamu seharusnya menjawab berdasarkan penyelidikan awal yang telah dibuat sebelum masuk untuk ditemu duga.

3.   Apakah kelemahan kamu?

      Kamu dinsihatkan supaya menjawab dengan cara positif. Contohnya, "Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker."

4.   Apakah kekuatan kamu?
     
     Nyatakan kemahiran kamu yang boleh menunjukkan kamu seorang pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

Sabtu, 30 Januari 2010

Jangan biarkan Temanmu Merajuk

Teman berkecil hati dengan sikapmu, barangkali juga dengna kata-katamu yang tidak berlapik. usah biarkan keadaan ini berpanjangan. Rendahkan keegoanmu dan perbaiki hubungan kalian. Takkan selama-lamanya kamu ingin terus bermasam muka. "Tapi tak mungkin saya yang akan minta maaf dulu!". Eh, janganlah begitu, berikut adalah tip untuk kamu yang mungkin dalam dilema ini.


Jumpa dengannya

Tidak dinafikan bila kedua-dua dalam keadaan marah, jumpa pun tidak mahu. Namun inilah cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah kalian. kamu tidak perlu mendengar kata orang lain. Tetapi bertanyakan hal sebenar kepadanya. Bukankah kejujuran itu penting dalam bersahabat? Sebaik saja temanmu menyuarakan perasaanya, kamu juga harus berbuat demikian. Kini bukankah kamu sudah tahu perasaan masing-masing?


Buat kejutan

Bukan mudah seseorang ingin memaafkanmu, apatah lagi kerana jika hatunya benar-benar terluka denga sikap atau kata-kata kamu. Apa kata kumpullah seberapa banyak teman-teman lain dah buat parti kejutan untuknya. Kedengaran remeh bukan? Tapi ia berkesan!


Hantar kad

Kad cinta bukan sekadar untuk kekasih. Kamu boleh juga menghantar kad 'cinta' pada temanmu. Kirimkan bersama sesuatu yang dia sukai. Kamu boleh membelinya coklat yang digemarinya mahupun patung comel yang sudah lama dia inginkan. Tulis pada kad tersebut, "Saya sayangkan awak dan persahabatan kita. Maafkan perlakuan saya tempoh hari ya?. Temanmu pasti tersentuh dan memaafkanmu.


Dail nombornya

Ada yang berpendapat mengungkapkan kata maaf dalam telefon menunujukkan seseorang itu tidak ikhlas. Tetapi jika kena pada gayanya, temanmu itu sebenarnya sedang menunggu panggilanmu. Apatah lagi jika temanmu itu bekerja di luar daerah yang menghalang dia bersemuka denganmu. Tidak sukarpun, sebaik saja dia menjawab panggilanmu, katakan..."Maafkan saya ya...saya tak berniat begitu." Temanmu pasti memaafkan kamu. Cubalah!