Teman berkecil hati dengan sikapmu, barangkali juga dengna kata-katamu yang tidak berlapik. usah biarkan keadaan ini berpanjangan. Rendahkan keegoanmu dan perbaiki hubungan kalian. Takkan selama-lamanya kamu ingin terus bermasam muka. "Tapi tak mungkin saya yang akan minta maaf dulu!". Eh, janganlah begitu, berikut adalah tip untuk kamu yang mungkin dalam dilema ini.
Jumpa dengannya
Tidak dinafikan bila kedua-dua dalam keadaan marah, jumpa pun tidak mahu. Namun inilah cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah kalian. kamu tidak perlu mendengar kata orang lain. Tetapi bertanyakan hal sebenar kepadanya. Bukankah kejujuran itu penting dalam bersahabat? Sebaik saja temanmu menyuarakan perasaanya, kamu juga harus berbuat demikian. Kini bukankah kamu sudah tahu perasaan masing-masing?
Buat kejutan
Bukan mudah seseorang ingin memaafkanmu, apatah lagi kerana jika hatunya benar-benar terluka denga sikap atau kata-kata kamu. Apa kata kumpullah seberapa banyak teman-teman lain dah buat parti kejutan untuknya. Kedengaran remeh bukan? Tapi ia berkesan!
Hantar kad
Kad cinta bukan sekadar untuk kekasih. Kamu boleh juga menghantar kad 'cinta' pada temanmu. Kirimkan bersama sesuatu yang dia sukai. Kamu boleh membelinya coklat yang digemarinya mahupun patung comel yang sudah lama dia inginkan. Tulis pada kad tersebut, "Saya sayangkan awak dan persahabatan kita. Maafkan perlakuan saya tempoh hari ya?. Temanmu pasti tersentuh dan memaafkanmu.
Dail nombornya
Ada yang berpendapat mengungkapkan kata maaf dalam telefon menunujukkan seseorang itu tidak ikhlas. Tetapi jika kena pada gayanya, temanmu itu sebenarnya sedang menunggu panggilanmu. Apatah lagi jika temanmu itu bekerja di luar daerah yang menghalang dia bersemuka denganmu. Tidak sukarpun, sebaik saja dia menjawab panggilanmu, katakan..."Maafkan saya ya...saya tak berniat begitu." Temanmu pasti memaafkan kamu. Cubalah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan